Friday, January 27, 2012

'Halalan Toyyiban Asas Keutuhan Ummah'

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: “HALALAN TOYYIBA ASAS KEUTUHAN UMMAH ”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Perkataan 'HALAL' membawa maksud yang luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta halal. Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah. Sebagai umat Islam kita wajib memastikan sumber makanan dan minuman adalah halal dan memenuhi panduan pemakanan syariat Islam. Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 168:

Bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”.

Ibn kathir di dalam kitabnya Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa: perkataan toyyiba itu membawa maksud baik, bermanfaat dan elok dari segi tabiat dan syarak . Thoyyiba merangkumi dua perkara iaitu soal fizikal dan kerohanian. Ia mestilah selari dengan syariat, tidak bercanggah dan disertai dengan keikhlasan kepada Allah SWT. Makanan yang halal di sisi syara’ adalah makanan yang bersih zatnya, suci kaedah perolehannya serta bebas dari sebarang kemudharatan, sebaliknya sesuatu makanan yang haram sekalipun lazat rasanya, harum baunya tetap keji di sisi Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu (Hadith Riwayat Muslim). Oleh yang demikian sebagai seorang Islam samada pengusaha makanan halal dan individu hendaklah mengambil kira setiap perkara samada dari segi modal perniagaan, pelaburan, hasil pendapatan dan hendaklah dijauhi dari unsur-unsur yang haram seperti judi, riba, rasuah dan sebagainya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Ajaran Islam amat menitikberatkan persoalan makanan yang halal dan bersih kepada umatnya. sesuatu makanan yang haram dimasukkan ke dalam tubuh seseorang akan membawa kepada kesan yang mendalam kepada tingkah laku, budi pekerti, kejernihan hati nurani dan penerimaan doa yang dipanjatkan kehadrat Allah SWT. Panduan pemakanan di dalam Islam adalah berlandaskan konsep “memberi kemudahan, menjaga nyawa, menjamin kesihatan tubuh badan dan akal ”. Kerana itu setiap makanan yang memberi manfaat kepada tubuh badan dan akal fikiran adalah dibenarkan oleh syarak, manakala yang haram dan memudharatkan fikiran serta badan diharamkan dan ditegah. Firman Allah SWT di dalam surah al-Nahl ayat 114-115:

Bermaksud: “Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu menyembah-NYA Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianiaya dan tidak melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ”.

Oleh kerana itu, agama Islam telah meletakkan garis panduan dalam pemakanan. Makanan yang hendak dimakan, dipilih atau diproses mestilah berasaskan halalan toyyiba. Kita wajib memilih makanan yang halal, yang mempunyai unsur baik samada dari sudut kesihatan dan keselamatan serta menjauhi makanan yang haram, kerana di sebalik perkara yang haram itu terdapatnya bahaya dan kemudharatan. Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran, Syed Qutb menyatakan: Sama ada ilmu manusia dapat mengetahui hikmah pengharaman sesuatu perkara atau tidak, namun yang pasti, Allah Maha Mengetahui dan amat mengatasi keupayaan kita untuk mengetahui sesuatu perkara. Allah tidak mengharamkan sesuatu, kecuali pasti perkara tersebut mempunyai bahaya dan kemudaratannya. Seorang ulama terkenal Abdullah Sahl al-Tusturi berkata: “Sesiapa yang makan makanan haram, maka akan bermaksiatlah anggota tubuhnya sama ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak dan sesiapa yang makan makanan yang halal, maka seluruh anggota tubuhnya akan tunduk taat dan mudah melaksanakan kebajikan. Berdasarkan kepada pandangan ini menunjukkan bahawa pemakanan halal mempunyai kedudukan yang penting dalam kehidupan di dunia ini dan berkait rapat dengan balasan hari akhirat. Sabda Rasulullah SAW:

Mafhumnya: “ Mana-mana hamba, dagingnya itu tumbuh dari perkara yang haram dan amalan riba, api nerakalah yang patut(untuk membakar dan menghilangkan) daging tersebut”. (Hadith Riwayat Ibn Marduiah)


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Di dalam mengharungi perkembangan semasa di era global dunia hari ini, banyak makanan dan minuman yang ditawarkan kepada kita perlu diperiksa dan diteliti dengan sebaiknya. Dalam hal ini perkara yang halal lagi baik hendaklah menjadi keutamaan kita, manakala yang haram dan tidak baik semestinya dihindari. Kita juga dituntut agar menjauhi barang-barang syubhah yang mengelirukan dan tidak jelas hukumnya, kita sepatutnya berwaspada supaya tidak mengambil atau mencubanya melainkan setelah dipastikan kehalalannya dan kebaikannya. Ini kerana pengambilan makanan dan minuman yang syubhah boleh mengheret kepada penggunaan barangan yang haram secara tidak disangka-sangka.

Dalam perkembangan semasa juga ada dari kalangan peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan memperdayakan pengguna seperti permalsuan logo halal, menggunakan logo halal pada produk yang haram. Walaupun matlamat perniagaan untuk mencari rezeki dan mendapat keuntungan namun soal keberkatan dan keikhlasan tidak boleh diketepikan atau dipandang remeh. Mimbar ingin menegaskan bahawa mereka yang melakukan penipuan ini sebenarnya telah mengkhanati masyarakat Islam dan telah melakukan amalan syaitan yang menyesatkan.

Berdasarkan kepada keperluan ini dan keperihatinan pemerintah maka dikuatkuasakan Akta Perihal Dagangan 2011. Melalui akta ini terdapat dua perintah yang menerangkan aspek halal iaitu Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal 2011 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012. Justeru mimbar menyeru kepada semua pihak agar bertanggungjawab dan mematuhi akta yang telah dikuatkuasakan ini.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Perlaksanaan Akta Perihal Dagangan 2011 ini adalah untuk membantu kelancaran perlaksanaan persijilan halal di negara kita, justeru kepada semua pihak yang terlibat hendaklah mengikuti segala prosedur, standard dan segala aspek yang ditetapkan dalam persijilan halal. Kewujudan akta ini antara lain ialah bagi memastikan jaminan tanda halal hanya dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berautoriti, bagi memastikan integriti halal terjamin sepanjang masa. Walaubagaimanapun perlu diingatkan dalam keghairahan kita membicarakan tentang halal samada dari segi akta, sistem kualiti dan pengurusannya, janganlah kita lupa bahawa rujukan sebenar halal dan persijilan halal hendaklah berdasarkan kepada syariah Islam sebagai ukuran yang mutlak.

Mimbar juga mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengingatkan kepada para jemaah dan umat Islam sekalian tentang bahayanya fitnah dan khabar angin yang melanda dalam masyarakat pada masa kini terutamanya melalui media massa seperti internet dan facebook. Fitnah adalah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri seseorang dengan sesuatu yang tidak benar, ia adalah haram di dalam Islam. Ingatlah fitnah ini dapat memecah-belahkan dan menggugat keharmonian serta perpaduan masyarakat. Justeru mimbar menyeru agar kita menjauhi dan berhati-hati dengan khabar angin serta ancaman fitnah ini.

Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru sidang Jumaat sekalian supaya melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan sebagai seorang muslim yang prihatin dalam setiap perkara serta menterjemahkannya dalam bentuk tindakan yang menampakkan hasil dan kesan. Laporkanlah sebarang keraguan yang tidak munasabah kepada pihak yang berwajib. Marilah sama-sama kita meletakkan keutamaan untuk memilih hanya yang halal dalam setiap urusan kehidupan kita khususnya dalam aspek pemakanan. Sebagai umat Islam kita juga harus berwaspada produk-produk yang ada di pasaran. Pilihlah produk yang disahkan halal oleh badan-badan yang diiktiraf seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri. Marilah sama-sama kita bekerjasama dalam menjayakan program pemakan halal demi pembangunan dan kesejahteraan ummah. Marilah kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 70:

Bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan kenderaan di darat dan di laut; dan Kami berikan rezeki kepada mereka dari yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”.

Wednesday, January 25, 2012

Vitex untuk darah tinggi

perhatian: herba tidak berkesan dengan serta merta. lakukan pengamalan secara berterusan. insyallah kita akan mempunyai badan yang sihat. lakukan hijamah/bekam pada 17, 19 dan 21hb kalendar hijrah

Vitex (Herba Darah Tinggi)

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica

2. Vitex Pubscens

3. Micromelum Pubscens

4. Tinospora Crispa

5. Physalis Minima

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul pada malam. Amat baik diambil bersama Teh Herba dan Pelawas.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

==========================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Vitex Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Vitex untuk darah tinggi

Salah satu produk HPA ialah vitex.Ia digunakan untuk ubat darah tingi.Bahan utama dari produk ini ialah pokok patawali/seruntun-utara/brotowali – ind yang mengandungi satu bahan aktif dikenali sebagai palmatin.Dari kajian didapati palmatin bertindak menurunkan tekanan darah tinggi dan selamat digunakan.

Bagi mendapat keberkesanan yang lebih dicadangkan pengambilanya seperti dibawah:-

Vitex – 3biji x 3 x sehari
omega 3– 3biji x 3 x sehari
Teh herba – 1 hari 2 uncang/sachet
Vco – 2 biji x 3sehari

Sinergi ini bukan sahaja menurunkan darah tinggi tetapi memberikan tenaga pada pesakit.Penggunaan lebih dari 3 bulan ,InsyaAlah boleh meninggalkan ubatan kimia(kena lihat bacaan darah dari masa kesemasa).

Tuesday, January 24, 2012

Sijil Herbalis pada 10hb – 17hb March 2012

Sijil Herbalis KHAS cuti sekolah untuk peserta baru dan bekas peserta herbalis ( ilmu tambahan ). Disampaikan sendiri oleh Pengasas dan Rektor Perubatan Jawi/Pengarah Urusan HPA (Tn Hj.Ismail Hj. Ahmad) #pengetahuan herba #Bekam/Hijamah torehan #kiropraktik #iridologi #reflexologi hanya RM1000.00(makan.minum.penginapan.behan kursus) pada 10hb March 2012 – 17hb March 2012 di HPA Village Serambi Madinah (Kg. Changkat Lada – kg kelahiran pengasas / rektor perubatan jawi) daftar segera dgn sms format [ nama / alamat / no.tel ] ke 013 423 9717 pertanyaan tel 013 423 9717 atau 013 929 9944

Thursday, April 22, 2010

Set Colon Cleansing

Harga Pengedar : RM65.00 (kenalah jadi pengedar)

Herga Runcit : RM80.00
Nota: Jangan pulak bukan ahli membeli harga pengedar tidak adil kepada peniaga produk hpa
Jadi pengedar baru RM30.00 jika daftar di program PKLP baru RM10.00 maklumat klik url: http://hpa4online.com/?p=155

Seperti yang dibincangkan pada post sebelum ini, iaitu mengenai pentingnya menjaga kesihatan usus serta 80% penyakit yang berpunca dari usus.
Persoalan yang sering timbul dikalangan kita adalah, "apakah cara yg sesuai nak jaga usus ni?"
Jangan risau kerana HPA ada penyelesaiannya Mari kita lihat apakah alternatif atau penyelesaian kepada masalah usus ini.


SET COLON CLEANSING


Set colon cleansing merupakan sinergi yang sangat baik bagi menjaga kesihatan usus kita.
Terdiri daripada sinergi 3 Herba iaitu Herba Spirulina, Herba Tuju Angin dan Herba Pelawas.

Herba Spirulina
Spirulina (Arthospira) adalah sejenis rumpai laut berwarna biru kehijauan dan telah dijadikan sebagai makanan kesihatan dan perawatan melalui penelitian dan kajian para ahli dunia sejak puluhan tahun yang lalu. Sumber anti toksik yang tinggi sangat sesuai dijadikan amalan harian untuk masyarakat yang terdedah kepada makanan dan minuman yang mengandungi toksid, yang menurunkan imunisasi dan menyebabkan perbagai penyakit. Spirulina mudah diserap kedalam tubuh dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Kelebihan spirulina:
1. Bertindak sebagai anti virus
2. Menurunkan kadar kolesterol.
3. Menaikkan imunisasi badan.
4. Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam.
5. Beta karotin untuk menguatkan penglihatan.
6. Vitamin B12 membantu membentuk sel darah merah dan sum-sum.
7. Zat besi membantu menguatkan sel darah merah dan menguatkan pertahanan badan.
8. Mengatasi kelemahan tubuh badan.
9. Bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak suka makan sayur.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :Spirulina
Dos :1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam



Herba Pelawas

Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus.
· Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
· Pelawas bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas.
· Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan kerana itu Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.
· Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar.
· Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).
· Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Kandungan Bahan: Ipmea Reptans
Cara Pemakanan: Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.
Jumlah Kandungan: 75 kapsul per botol


Herba Tuju Angin

Herba Tuju Angin mengandungi Teja Lawang, Akar Mengkudu,Pokok Larak, dan Tebu Gajah.
Khasiat Herba Tuju Angin:
1. Memperbaiki proses penghadaman dan juga melawaskan usus.
2. Mempercepatkan penyembuhan luka di dinding usus.
3. Apabila disinergikan dengan herba lain ia mampu menguatkan jantung (kardiotonik). Amat baik bagi mereka yang lemah jantung sekaligus mendatangkan kesan afrodisiak atau memulihkan tenaga batin.
4. Dapat mengatasi angin meroyan kalau disinergikan dengan herba lain.
5. Mengatasi perut kembung
6. Menghilangkan rheumatik
7. Mengatasi migrain
8. Mengatasi gastrik
9. Menghilangkan kesemutan(kebas) pada hujung jari
10. Meredakan sakit sendi
11. Hilang selera makan

Komposisi: 75 kapsul satu botol
Dos: 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam

Jangan tunggu lagi !!!!!
Set Colon Cleansing cuma RM 65 sahaja !!!!
Setiap orang mesti memiliki satu Set Colon Cleansing !!!
Dapatkan segera Set Colon Cleansing di Cawangan2 serta Stokis2 HPA berdekatan anda.


Monday, April 12, 2010

GUNA dan Dapat PenGUNA dapat Income


561171.MY01 AL THOIYYIBA ENTERPRISE

GUNA SAJA NO KEAHLIAN HPA DIATAS UNTUK BUAT BELIAN PRODUK HPA.

SENARAI OUTLET HPA: http://hpa4online.com

KALAU DAH MINAT. UNTUK DAPAT INCOME DENGAN CARA ANDA GUNA. DAN DAPAT PENGUNA PRODUK HPA. DAN MEREKA JUGA DAPATKAN PENGUNA PRODUK HPA...10% DARIPADA BELIAN MEREKA2 INI JADI INCOME KITA

MISAL 15,000 (150 ORANG X 100 POINT (ANGGARAN RM250.00 PRDK)) ANDA DAPAT RM1500.00

0139299944

Program Khas Laluan Ke Puncak (PKLP)

SYARAT-SYARAT MELAYAKKAN PESERTA PKLP MENDAPAT PANGKAT PLX BAGI TAHUN 2011-2012

Syarat-syarat:

1. Hadir kursus pada tarikh yang ditetapkan.

2. Membayar yuran pendaftaran ahli RM10.00 sahaja. Yuran ini hanya sah pada hari program sahaja.

3. Mengikuti program sepenuhnya. Tidak dibenarkan sama sekali untuk menghantar wakil kecuali ada surat rasmi/sijil sakit.

4. Peserta di bawah 17 tahun tidak layak mengikuti program.

5. Tidak mengira pangkat dan bukan ahli juga boleh turut hadir.

6. Membuat pembelian seperti berikut:

i) Belian syarat 50NM dibuat pada hari program sahaja.
Pastikan borang maintain 50NM (borang warna hijau) perlulah diisi dan diserahkan pada hari program bersama salinan invois.
Pastikan invois asal ditulis “PKLP”.

ii) Semua jenis produk boleh diambil kira sebagai syarat maintain 50NM.

**Syarat penyertaan diatas adalah tertakluk kepada perubahan semasa pihak syarikat.**

Lihat Jadual PKLP Januari 2012 : http://hpa4online.com/?p=67


WASALAM

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Printable Coupons